kita punya matlamat yang sama
namun jalannya seringkali berbeza
kerana kita tidak serupa
biarlah jalannya tidak sama
biarlah caranya tersendiri
biarlah kaedahnya pelbagai
namun...
selagi matlamat itu jelas
selagi tidak tersasar
selagi kaedahnya berlandaskan syara'
teruskanlah
manusia itu..
rambut saja sama hitam
tapi hatinya lain-lain
tidak perlu memaksa
jangan juga dipaksa
elakkan terpaksa
bukalah pintu hati untuk menerima
bukalah pintu hati untuk memberi
bukalah pintu hati untuk meredhai
bukalah pintu hati untuk memaafkan
SAYA SAYANG KESEMUANYA
Regards,
@nEQs
"Anak kecil main api. terbakar hatinya yang sepi. airmata darah bercampur keringat. bumi dipijak milik orang. nenek moyang kaya raya. tergadai seluruh harta benda. akibat sengketa sesama lah kita. cinta lenyap di arus zaman. indahnya bumi kita ini. warisan berkurun lamanya. hasil mengalir ke tangan yang lain. pribumi merintih sendiri. masa depan sungguh kelam. kan lenyap peristiwa semalam. tertutup hati terkunci mati. maruah peribadi dah hilang. kini kita cuma tinggal kuasa. yang akan menentukan bangsa. bersatulah hati bersama berbakti.pulih kembali harga diri. kita sudah tiada masa. majulah dengan Maha Perkasa. janganlah terlalai teruskan usaha. Melayu kan gagah di Nusantara."
1 comment:
wah..ternyanyi seketika lagu itu..da lme x dgr..hehe
Post a Comment