"buat anak2 abah tersayang"-ni la tajuk file yg telah di save kan...pecaya atau tak..tapi semua yg kat bawah ni ditulis oleh ayah aku sendiri -sayed abdullah b sayed muhamad aziz. ayah aku ni seorg yg puitis gak kadang2..dia suka sesuatu yg berkias, yg abstrak..aku pun ada la gak ckit mewarisi perangai ayah aku ni..kdg2 dia tengok cite tv je..cite tu biase je, tapi dia melihat dari sudut yg lain..yg kadang2 kita sendiri pun xterfikir camtu..mmg complicated la bak katanya..kadang2 aku argue gak ngan dia..tapi jrg sangat aku menang la..tapi aku kalah pun sbb kasi can je..bapakla katakan..yo bapak, jgn marah ek..haha.. nway,aku respect la ayh aku ni jugak..inila antara sbb aku sangat berbangga aku jd anak dia (actually kita msti sllu berbangga ngan mak ayah kita)..hehe.. kat bawah ni dikira cam amanat ayah aku la utk anak2 dia yg ramai tu..tapi aku rasa cam aku n kakak aku je yg baca ni..haha..ayah aku tulis ni masa tahun 2002..time tu aku form 4..logik gak la kalo adik2 aku tak tau pasal ni..xpe bapak, nanti wani sebarkan kat adik2 serta hamster2 sume yek..
`Buat renungan
Setiap kehidupan memerlukan ketabahan dalam meniti ranjau perjalanan dalam mencari satu formula kehidupan ini. Dalam menongah arus tidak semestinya setiap perjuangan berakhir dengan pencapaian yang baik. Apa yang penting ialah kita berjaya mencapai apa yang diimpikan dan merasa berjaya serta bersyukur pada apa yang dicapai dan akan mencuba untuk mendapatkan yang lebih baik. Setiap takdir yang menimpa merupakan titik permulaan kearah mencapai kejayaan yang cemerlang dan jadikan pedoman pada apa yang telah berlalu dan sentiasa berhati-hati tentang kesilapan yang lalu.
Oleh yang demikian maka berwaspadalah dengan masa-masa yang akan mendatang agar kita tidak kecundang lagi dimasa hadapan dan akan terus mencuba untuk mancari yang terbaik. Hasil usaha yang disertakan dengan tekun bersertakan pengorbanan yang ikhlas akan membuahkan hasil yang bermutu dapat menghindarkan dari hasil usaha yang kurang bermutu. Apa yang perlu diingat ialah semakin jauh perjalanan ini, maka semakin banyak rintangan yang mendatang dan daripada itu sekiranya kita dapat mengatasinya dengan baik maka ianya akan membuahkan hasil yang terbaik.
Sekiranya kita dapat menerima keputusan takdir dengan hati yang terbuka dan bersyukur dengan apa yang berlaku dan biarkan ianya berlalu, maka takdir akan merasa malu dan menghormati kita. Hasil daripada itu, takdir akan berbuat baik dengan kita dan kita adalah salah satu daripada yang terbaik dan bisa menentukan masih depan dengan lebih baik lagi cemerlang. Idea-idea yang baik akan terbit setelah setiap takdir yang mendatang dapat diatasi dengan baik dan sempurna, umpama kita tidur pada kegelapan malam ini dengan tenang dan lena maka apabila kita pada pagi esoknya kita akan merasa segar sambil menunggu sinaran mentari pagi.
Perlu diingatkan, mempelajari ilmu dari pengalaman kehidupan adalah lebih berhasil dari mendengar pandangan orang lain.
~ Takdir akan berubah jika kita menerimanya dengan baik dan cuba memperbaikinya.
~ Hasil usaha hari ini adalah untuk dinikmati hari esok dan seterusnya.
~ Tabah serta sabar dalam setiap tindakan akan membuahkan hasil yang sempurna dan akan mendapat kepuasan yang terbaik.
~ Setiap sentuhan yang lembut akan membuahkan hasilusaha yang baik lagi sempurna.
( S.A.S.M.A )
( 7HB JUN 2002)
Apabila kita menolong seseorang, kita melakukannya dengan penuh keikhlasan bukan kerana ada udang di sebalik batu.
Kita tidak patut berlagak kerana akan ditertawai orang.
Kita jangan suka menipu seseorang dengan menyamar sebagai orang lain kerana perbuatan ini akan membinasakan diri sendiri akhirnya.
Adalah sangat berbahaya jika bersahabat dengan seseorang yang sanggup mengorbankan anda kerana kepentingan dirinya.
Wang ringgit tidak semestinya memberi kebahagiaan seperti yang disangkakan oleh sesetengah orang.
Kita perlu berilmu supaya kita tidak membuat kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan.
Dalam dunia ini, kita semua mempunyai tugas masing-masing yang berlainan. Kita tidak sepatutnya berfikir bahawa tugas kita adalah lebih penting daripada orang lain.
Biarlah rugi sedikit daripada rugi kesemuanya.
Kita tidak sepatutnya memandang rendah kepada orang lain kerana kita juga tidak sempurna.
Orang yang tamak akan hilang segala-galanya, yang dikejar tidak dapat dan yang dikendong berciciran.
Kadangkala berdiam diri lebih baik daripada bercakap kerana percakapan kita kadang-kadang membahayakan diri kita sendiri.
Hanya dengan adanya peralatan yang baik tetapi tanpa kemahiran, kita tidak akan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan sebaik-baiknya.
Adalah sukar untuk menghalang segelintir anggota masyarakat daripada melanggar peraturan dan undang-undang atas sebab-sebab tersendiri atau kepentingan diri.
Jangan mengulang-ulangi kesalahan. Jadikan ia pedoman dilain masa.
Kebaikan yang kita lakukan akan memberikan manfaat kepada kita juga akhirnya.
Jangan mudah percaya kepada apa-apa yang didengar.
Lebih baik bekerja kuat supaya masa hadapan kita terjamin daripada bercakap besar tanpa bekerja langsung.
Jangan bersifat mementingkan diri dan hendaklah menolong orang kerana cara itu boleh menolong diri kita sendiri juga.
Kerja berkumpulan akan berjaya jika semua ahli kumpulan mempunyai hala tuju yang sama.
Bersopan santun akan memenangi hati sesiapa sahaja tetapi jika bersikap sombong sahabat akan melarikan diri.
Seseorang yang benar-benar bijaksana dan berkuasa tidak suka mengheboh-hebohkan diri.
Sikap bongkak boleh membawa bencana kepada diri sendiri.
Jika anda cuba menipu seseorang, dia akan menipu anda pula suatu hari nanti.
Kita harus menganalisis kata-kata seseorang sebelum kita mempercayai kata-kata itu.
Tiap-tiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Oleh itu jangan suka memperkecil-kecilkan orang lain.
Kalau seseorang tidak meninggalkan tabiat buruknya, walaupun kemana-mana jua dia pergi dia tidak akan disukai orang.
Mengetahui sebahagian sahaja daripada sesuatu perkara itu adalah tidak mencukupi.
Seseorang majikan yang bernasib baik mendapat pekerja-kerja yang tekun, janganlah pula memeras tenaga kerja mereka.
Jika kita tidak menghormati orang lain, orang lain juga tidak akan menghormati kita.
Orang yang memukiri janji dan tidak berbudi pekerti akan menghadapi kesudahan yang mengecewakan.
Orang yang bijak mencapai kejayaan dengan menggunakan akal manakala orang yang bebal pula mencapai kejayaan dengan menggunakan tenaga.
Sikap dengki mengakibatkan seseorang itu berfikiran tidak waras. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang ttidak masuk akal.
Apabila mempelajari kebolehan orang lain, kita perlu berbuat demikian berdasarkan kebolehan diri.
seseorang yang terkenal dengan kejahatannya sukar mendapat kepercayaan orang lain. Ini disebabkan imej buruk sukar dihilangkan daripada pandangan umum.
Dalam proses menguasai sesuatu kemahiran baru, kita tidak harus melupakan keperluan asas kita.
Apabila timbul perasaan marah, kita jangan sekali-kali bertindak secara terburu-buru kerana buruk akibatnya.
Kita harus sentiasa merancang dengan pandangan jauh, dan bukannya memikir akan keselesaan masa kini semata-mata.
Orang jahat selalunya menyalahkan orang lain dahulu apabila mendapati suatu kesilapan berlaku. Dia mencari-cari alasan untuk menuduh orang lain supaya orang itu tidak membantah.
Selalu berwaspada akan orang yang suka menggambil kesempatan atas sikap baik anda.
Seseorang itu tidak seharusnya memperbodoh-bodohkan diri semata-mata untuk mengambil hati orang atasan.
Sesuatu yang baik hanya akan diperolehi melalui usaha yang gigih. Dengan berharap memperoleh sesuatu tanpa menyumbangkan sebarang usaha adalah sia-sia.
Nafsu boleh mengawal pemikiran seseorang yang mengakibatkan seseorang itu hilang pedoman dan seterusnya menyebabkan dia terjerumus kekancah kemusnahan.
Orang yang tidak memerhatikan sesuatu perkara secara keseluruhan hanya akan percaya kepada apa-apa yang dilihatnya sahaja dan menafikan pendapat orang lain.
Ada orang yang bebal tetapi menganggap dirinya amat cerdik. Golongan ini juga bersikap sombong apabila mendapat sedikit kejayaan. Kesemua ini merupakan tanda-tanda awal kearah kemusnahan seseorang.
Dalam menangani isu-isu yang sensitif seseorang hendaklah menggunakan pendekatan diplomasi.
bersemangat ingin maju boleh memberi ransangan kearah kemajuan. Sebaliknya terlalu bersemangat ingin majukan diri membawa kepada kemusnahan.
Mereka yang kekurangan pengetahuan dan pengalaman tidak mendapat gambaran yang jelas. Oleh itu mereka tidak bersedia untuk menghadapi sebarang bahaya.
Jangan membabitkan diri dalam perdebatan orang yang degil lagi jahil.
Tidak ada manusia dalam dunia ini yang sempurna kejadiannya.
Adalah lebih mudah untuk mengubah sungai dan gunung daripada mengubah tabiat semula jadi seseorang.
Jangan kutuk seseorang yang tidak biasa dengan gaya hidup kamu.
Adalah sia-sia jika mempunyai pengetahuan tetapi tidak menggunakannya.
Hendaklah kita mendapat gambaran yang jelas sebelum menerima apa-papa yang diberitahu oleh seseorang.
Jangan terlalu yakin sehingga lupa akan kemampuan diri.
Kanak-kanak mudah meniru perbuatan yang dilakukan oleh ibubapa mereka.
Setiap orang yang suka mendengar kata-kata manis. Bagaimanapun yang paling penting adalah kita sendiri perlu sentiasa mempunyai fikiran yang waras.
Kepintaran dan keberanian merupakan nadi keselamatan diri dalam keadaan yang berbahaya.
Kejujuran merupakan sifat yang baik, yang dapat mengharukan orang lain dan juga mendapat ganjaran yang tidak disangka-sangka.
Jangan bersikap tamak. Sikap ini akan menggundang malang.
Jangan tamak untuk mendapat kesenangan jangka pendek dengan melupakan keuntungan jangka panjang.
Periksa keadaan atau situasi terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan.
Jika kita mahu menjimatkan sedikit wang kerana terlalu kedekut, akhirnya kita kerugian banyak wang dalam jangka panjang.
Kita mesti mempunyai pendirian sendiri dan jangan terikut-ikut dengan pendirian orang lain.
Kita tidak boleh sama sekali berniat jahat untuk menganiayai orang lain kerana kadang-kadang kita akan terperangkap didalam jerat yang kita pasang.
Kadang-kadang ada orang yang merancang untuk menipu seseorang tetapi akhirnya dia yang mendapat kesusahan akibat perbuatannya.
Tulang empat kerat dapat mengumpul harta yang tidak terhad nilainya.
Kecantikan yang sebenarnya datang dari hati nurani kita secara beradab dan berakhlak.
Setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.