Friday, October 31, 2008

ngeri giler nih..

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.
Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.
Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara.
Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati

selembar bulu mata

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang di adili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu." "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang mengisap." Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan." "Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertobat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan." Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu mata." Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-Ashr Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…"

about @nEQs..

dilahirkan tanggal 12 februari pada tahun 1986, subuh2 lagi arwah atuk aku dah mendengar jeritan batin aku sambil berkata “haih, pagi2 ni la dia nak klua.orang nak pergi semayang subuh pun xleh”..itulah sprti yg telah diceritakan oleh mak aku.maklumla, arwah atuk aku tu sllu smyg kat surau, jd pagi tu xdapek le dia nk p surau kerana meyambut kdtgn aku di dunia ini dengan gemilangnya.huahua..
aku tlh m’besar secara normal, bukanlah sprti yg diceritakan oleh along aku (ada ke dia kata mak aku pungut aku dalam longkang?ish ish ish..tu la dengki nmanya)..walaubgimanapun ada sdkt ktidaknormalan krna aku asyik sakitttt je..lahir2 je dah kkurgn oksgn..uhuhuhuuuu..
tapi tdk mngapa, aku teruskan jugak proses pmbsaran ini shgga skrg..dikontotkan crta, aku tak pnah p sekola tdika,n masuk djah 1 pn lambat (stlh oranglain da blja smpai huruf M),masuk skola mnegh,duk asrama skjap (form1) tp 3 bulan je,aku meraung2 nak balik umh…bbulan2 aku demam+batuk,jd ayh aku kesian n masukkan dlm sekola harian biasa (ngade2 jugak aku ni). form 4 n 5, aku duk asrama balik (sm teknik), amk civil engineering (ni kos yg xdiredhai olh bapak aku,tp aku amek jugak).
habis je SPM,dapt l twrn p matrik, tp pd hari aku nk byr yran pndftrn tu, tba2 bapk aku ubah fikiran dan menghalang aku p matrik (sedih glerrrrr) jd apakan dayaku,dah bengkak mata dah brduka,nak buat mcmana kn…tunggu diploma jela..nak masuk dploma tu, bpk aku suh masuk UiTM,tp aku xnak sbb impian aku adlh nk msk UTM,jd aku isi borg UPU tu snyp2 n hntar trs tnpa merujuk kpd bapak aku..hehe..ni bukan degil nmanya, tp aku msti merealisasikan impian aku slgi tidak bercanggah dgn undang2 atau hukum agama..kan?kan?
maka beradalah aku di UTM city campus..berknln dgn kwn2 yg mcm2 jenis…ada yg sangat m’bantu dan masih setia bersama aku hingga sekarang, melalui susah sng bersama..tp ada jugak yg b’kwn semata2 utk memnuhi kepentingan sndiri,cari bila perlu shja, tim sng ade le dpan mata..time ssh aku sorg2..and ada jugak yg bersama dgn aku sekerat jalan je..lpas tu hilang entah ke mana…….sdihnyerrr…tp xpe..inilah yg dinamakan pengalaman…at least dari sekarang aku da jadi seorg yg lebih berhati2..
scra luaran, org akn ckp aku ni cam baik je..haha..tp hakikatnya..aku ni keras hati n kpla batu jugak (tu yg kwn baik aku sllu bengang ngan aku tuh)..huahua..tp aku masih sorg manusia yg brperikmanusiaan dan tdk memanipulasikan org lain n menjadi diri aku sendiri..itu sahaja ttg aku..banyak lg nak tulis..tp lbh baik baik buat novel je..hahaha…da…adios..

my little bro n sis