Thursday, June 25, 2009

TRAGEDI JUNE

Diriwayatkan alkisah terdapat sepasang suami isteri. mereka telah lama berkahwin tapi masih tidak mempunyai chya mata. setelah berusaha selama 10 tahun akhirnya mereka dikurniakan anak kembar.bukan kembar dua, tapi kembar empat!sgt unik dan jarang ditemui,malah bertmbah unik apabila kesemua empat kembar tersebut adlh ank teruna.

Sewaktu si ibu melahirkan kembar tersebut, si bapa tiada di rumah, keluar mencari rezeki untuk sesuap nasi mereka sekeluarga.malang tidak berbau, si bapa telah diserang oleh lanun, pergelutan berlaku, dan si bapa telah ditikam di perut bertubi2 sehingga menampakkn ususnya.mujur si bapa diselamatkn oleh seorg gadis yang tidak dikenali yang menghampiri kawasan pergaduhan tersebut. melihatkan keadaan si bapa yang hanya tinggal nyawa2 ikan, gadis tersebut membawa si bapa ke rumah tok dukun.luka di perut bapa dijahit dgn harapan si bapa dpt diselamatkn.tetapi Tuhan lebih menyayanginya, si bapa pergi buat selama2nya akibat tidak dapat menahan kesakitan yg amt perit itu. namun si bapa sempat berpesan kepada si gadis utk mencari isterinya jika dia sudah tiada.si bapa telah meninggalkan wasiat buat si ibu. Dan si ibu yg berada di rumah, hanya menanti penuh harapan kepulangan si bapa. ditatapi wajah anknya satu persatu sambil berkata "syg, nantikan bapa pulang. pasti bapa gembira apabila melihat kamu semua."

Dan..harapan hanya tingggal harapan.hari berganti hari, bulan berganti bulan, si bapa masih tidak muncul, dan harapan si ibu untuk melihat kegembiraan di wajah si bapa, hanya tinggal sekadar harapan. bermula dari hari itu, si ibu sentiasa menangis. hanya airmata menjadi teman setianya ketika itu. setiap kali si ibu melihat wajah ank2nya, hatinya bertambh hancur.luluh. di hati kecilnya sudah terdetik, pastinya bapa sudah tiada. anak2 masih lembut ubun kepalanya,masih mengharapkn susu dari badannya, masih mengharapkan untuk didukung kemana saja, segala2nya memerlukan penjagaan rapi. pastilah sukar menjadi ibu tunggal dengan empat ank kembar. walaubagaimanapun, si ibu tabah. bertahan demi anak2.dia pasti, jika si bapa masih ada, pasti si bapa inginkannya menjaga anak2 kecil tersebut sebaik mungkin.

Badan si ibu sudah semakin lemah. seleranya menurun hari ke hari. kadangkala seharian si ibu tidak menjamah apa2 makanan pun. badan yang dahulunya berisi, sekarang hanya kelihatan rangka tubuhnya sahaja. kesihatannya mula merosot. cuba digagahkan dirinya demi untuk anak2. anak2nya masih memerlukan ibu. dia mesti bertahan. Lewat mlm itu, hujan turun dgn lebatnya, si ibu menyusu anak2nya, memeluk mereka erat2 supaya haba dibadannya dapat dikongsi dgn ank2nya. si ibu kesejukn, tetapi dia bertahan, walau apa pun yg terjadi, si ibu akan melindungi ank2nya. dia tidak mahu ank2nya kesejukan.

Namun, akibat daripada cuaca sejuk itu, si ibu mula berasa sukar untuk bernafas. si ibu mengurut2 dadanya. cuba bernafas perlahan2. dan lama kelamaan semakin perlahan.perlahan.dan perlahan. dan akhirnya si ibu menghembuskn nafas terakhrnya. ank2 yg masih menyusu ketika itu berhenti.pelik, mengapa ibu sudah tidak bergerak? mengapa sudah tidak ada susu?kami lapar..ibu, bangun..kami lapar.kami nk susu.ibu, bangun.....dan begitulah sehingga mereka menyedari jasad ibunya sudah kaku.tidak bergerak2 lagi.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. sudahlah tidak pernah mengenali bapa, kini ibu yg menjadi tempat bergntung pula meninggalkan mereka. siapa yang akan menjaga mereka sekarang?dalam usia tidak sampai setahun itu, pastilah mereka akn mati kelaparan. Tuhan itu Maha Adil, diuji hambaNya dengan keperitan hidup tetapi dalam masa yg sama pasti sudah ditetapkn sesuatu yg baik di sebalik ujian tersebut. Hari itu juga, si gadis yg telah diamanahkn oleh si bapa utk mencri keluarganya tiba ke rumah mereka. sayu hati si gadis apbla melihat empat kembar yg sedang buntu disamping mayat ibunya. lalu dilakukanlah pengebumian si ibu sebaik mungkin, dan si gadis bertekad, akn dipelihara kembar tersebut sehingga mereka dewasa dan boleh berdikari.

Maka bermulalah kehidupan baru empat beradik kembar tersebut bersama si gadis. org yg mereka tidak kenali lgsung, tetapi secara tiba2 menjadi penyelamat mereka. Bersyukur kepada yg Maha Berkuasa. Si gadis menjaga mereka dengan begitu baik, ditatang bagai minyak yg penuh. dipukul sedikit pn tidak, apatah lagi dimarah. Kembar itu dididik mengenai adab sopan, menjadikn mereka jejaka yg kaya dengan budi pekerti.

Saat usia mereka mencapai 7 tahun, salah seorg dari kembar tersebut telah jatuh sakit secara tiba2. si gadis mencuba pelbagai ikhtiar untuk mengubatinya.namun dia menerima nasib yg sama seperti kedua org tuanya. maka tinggallah si gadis bersama tiga kembar yang lain, mneruskan hidup. yang pergi tetap pergi, yg masih hidup, perjalanan perlu diteruskan.

(bersambung...)

No comments:

my little bro n sis