Friday, January 2, 2009

"buat anak2 abah tersayang"

"buat anak2 abah tersayang"-ni la tajuk file yg telah di save kan...pecaya atau tak..tapi semua yg kat bawah ni ditulis oleh ayah aku sendiri -sayed abdullah b sayed muhamad aziz. ayah aku ni seorg yg puitis gak kadang2..dia suka sesuatu yg berkias, yg abstrak..aku pun ada la gak ckit mewarisi perangai ayah aku ni..kdg2 dia tengok cite tv je..cite tu biase je, tapi dia melihat dari sudut yg lain..yg kadang2 kita sendiri pun xterfikir camtu..mmg complicated la bak katanya..kadang2 aku argue gak ngan dia..tapi jrg sangat aku menang la..tapi aku kalah pun sbb kasi can je..bapakla katakan..yo bapak, jgn marah ek..haha.. nway,aku respect la ayh aku ni jugak..inila antara sbb aku sangat berbangga aku jd anak dia (actually kita msti sllu berbangga ngan mak ayah kita)..hehe.. kat bawah ni dikira cam amanat ayah aku la utk anak2 dia yg ramai tu..tapi aku rasa cam aku n kakak aku je yg baca ni..haha..ayah aku tulis ni masa tahun 2002..time tu aku form 4..logik gak la kalo adik2 aku tak tau pasal ni..xpe bapak, nanti wani sebarkan kat adik2 serta hamster2 sume yek..

`Buat renungan

Setiap kehidupan memerlukan ketabahan dalam meniti ranjau perjalanan dalam mencari satu formula kehidupan ini. Dalam menongah arus tidak semestinya setiap perjuangan berakhir dengan pencapaian yang baik. Apa yang penting ialah kita berjaya mencapai apa yang diimpikan dan merasa berjaya serta bersyukur pada apa yang dicapai dan akan mencuba untuk mendapatkan yang lebih baik. Setiap takdir yang menimpa merupakan titik permulaan kearah mencapai kejayaan yang cemerlang dan jadikan pedoman pada apa yang telah berlalu dan sentiasa berhati-hati tentang kesilapan yang lalu.

Oleh yang demikian maka berwaspadalah dengan masa-masa yang akan mendatang agar kita tidak kecundang lagi dimasa hadapan dan akan terus mencuba untuk mancari yang terbaik. Hasil usaha yang disertakan dengan tekun bersertakan pengorbanan yang ikhlas akan membuahkan hasil yang bermutu dapat menghindarkan dari hasil usaha yang kurang bermutu. Apa yang perlu diingat ialah semakin jauh perjalanan ini, maka semakin banyak rintangan yang mendatang dan daripada itu sekiranya kita dapat mengatasinya dengan baik maka ianya akan membuahkan hasil yang terbaik.

Sekiranya kita dapat menerima keputusan takdir dengan hati yang terbuka dan bersyukur dengan apa yang berlaku dan biarkan ianya berlalu, maka takdir akan merasa malu dan menghormati kita. Hasil daripada itu, takdir akan berbuat baik dengan kita dan kita adalah salah satu daripada yang terbaik dan bisa menentukan masih depan dengan lebih baik lagi cemerlang. Idea-idea yang baik akan terbit setelah setiap takdir yang mendatang dapat diatasi dengan baik dan sempurna, umpama kita tidur pada kegelapan malam ini dengan tenang dan lena maka apabila kita pada pagi esoknya kita akan merasa segar sambil menunggu sinaran mentari pagi.

Perlu diingatkan, mempelajari ilmu dari pengalaman kehidupan adalah lebih berhasil dari mendengar pandangan orang lain.

~ Takdir akan berubah jika kita menerimanya dengan baik dan cuba memperbaikinya.

~ Hasil usaha hari ini adalah untuk dinikmati hari esok dan seterusnya.

~ Tabah serta sabar dalam setiap tindakan akan membuahkan hasil yang sempurna dan akan mendapat kepuasan yang terbaik.

~ Setiap sentuhan yang lembut akan membuahkan hasilusaha yang baik lagi sempurna.



( S.A.S.M.A )
( 7HB JUN 2002)



Apabila kita menolong seseorang, kita melakukannya dengan penuh keikhlasan bukan kerana ada udang di sebalik batu.
Kita tidak patut berlagak kerana akan ditertawai orang.
Kita jangan suka menipu seseorang dengan menyamar sebagai orang lain kerana perbuatan ini akan membinasakan diri sendiri akhirnya.
Adalah sangat berbahaya jika bersahabat dengan seseorang yang sanggup mengorbankan anda kerana kepentingan dirinya.
Wang ringgit tidak semestinya memberi kebahagiaan seperti yang disangkakan oleh sesetengah orang.
Kita perlu berilmu supaya kita tidak membuat kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan.
Dalam dunia ini, kita semua mempunyai tugas masing-masing yang berlainan. Kita tidak sepatutnya berfikir bahawa tugas kita adalah lebih penting daripada orang lain.
Biarlah rugi sedikit daripada rugi kesemuanya.
Kita tidak sepatutnya memandang rendah kepada orang lain kerana kita juga tidak sempurna.
Orang yang tamak akan hilang segala-galanya, yang dikejar tidak dapat dan yang dikendong berciciran.
Kadangkala berdiam diri lebih baik daripada bercakap kerana percakapan kita kadang-kadang membahayakan diri kita sendiri.
Hanya dengan adanya peralatan yang baik tetapi tanpa kemahiran, kita tidak akan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan sebaik-baiknya.
Adalah sukar untuk menghalang segelintir anggota masyarakat daripada melanggar peraturan dan undang-undang atas sebab-sebab tersendiri atau kepentingan diri.
Jangan mengulang-ulangi kesalahan. Jadikan ia pedoman dilain masa.
Kebaikan yang kita lakukan akan memberikan manfaat kepada kita juga akhirnya.
Jangan mudah percaya kepada apa-apa yang didengar.
Lebih baik bekerja kuat supaya masa hadapan kita terjamin daripada bercakap besar tanpa bekerja langsung.
Jangan bersifat mementingkan diri dan hendaklah menolong orang kerana cara itu boleh menolong diri kita sendiri juga.
Kerja berkumpulan akan berjaya jika semua ahli kumpulan mempunyai hala tuju yang sama.
Bersopan santun akan memenangi hati sesiapa sahaja tetapi jika bersikap sombong sahabat akan melarikan diri.
Seseorang yang benar-benar bijaksana dan berkuasa tidak suka mengheboh-hebohkan diri.
Sikap bongkak boleh membawa bencana kepada diri sendiri.
Jika anda cuba menipu seseorang, dia akan menipu anda pula suatu hari nanti.
Kita harus menganalisis kata-kata seseorang sebelum kita mempercayai kata-kata itu.
Tiap-tiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Oleh itu jangan suka memperkecil-kecilkan orang lain.
Kalau seseorang tidak meninggalkan tabiat buruknya, walaupun kemana-mana jua dia pergi dia tidak akan disukai orang.
Mengetahui sebahagian sahaja daripada sesuatu perkara itu adalah tidak mencukupi.
Seseorang majikan yang bernasib baik mendapat pekerja-kerja yang tekun, janganlah pula memeras tenaga kerja mereka.
Jika kita tidak menghormati orang lain, orang lain juga tidak akan menghormati kita.
Orang yang memukiri janji dan tidak berbudi pekerti akan menghadapi kesudahan yang mengecewakan.
Orang yang bijak mencapai kejayaan dengan menggunakan akal manakala orang yang bebal pula mencapai kejayaan dengan menggunakan tenaga.
Sikap dengki mengakibatkan seseorang itu berfikiran tidak waras. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang ttidak masuk akal.
Apabila mempelajari kebolehan orang lain, kita perlu berbuat demikian berdasarkan kebolehan diri.
seseorang yang terkenal dengan kejahatannya sukar mendapat kepercayaan orang lain. Ini disebabkan imej buruk sukar dihilangkan daripada pandangan umum.
Dalam proses menguasai sesuatu kemahiran baru, kita tidak harus melupakan keperluan asas kita.
Apabila timbul perasaan marah, kita jangan sekali-kali bertindak secara terburu-buru kerana buruk akibatnya.
Kita harus sentiasa merancang dengan pandangan jauh, dan bukannya memikir akan keselesaan masa kini semata-mata.
Orang jahat selalunya menyalahkan orang lain dahulu apabila mendapati suatu kesilapan berlaku. Dia mencari-cari alasan untuk menuduh orang lain supaya orang itu tidak membantah.
Selalu berwaspada akan orang yang suka menggambil kesempatan atas sikap baik anda.
Seseorang itu tidak seharusnya memperbodoh-bodohkan diri semata-mata untuk mengambil hati orang atasan.
Sesuatu yang baik hanya akan diperolehi melalui usaha yang gigih. Dengan berharap memperoleh sesuatu tanpa menyumbangkan sebarang usaha adalah sia-sia.
Nafsu boleh mengawal pemikiran seseorang yang mengakibatkan seseorang itu hilang pedoman dan seterusnya menyebabkan dia terjerumus kekancah kemusnahan.
Orang yang tidak memerhatikan sesuatu perkara secara keseluruhan hanya akan percaya kepada apa-apa yang dilihatnya sahaja dan menafikan pendapat orang lain.
Ada orang yang bebal tetapi menganggap dirinya amat cerdik. Golongan ini juga bersikap sombong apabila mendapat sedikit kejayaan. Kesemua ini merupakan tanda-tanda awal kearah kemusnahan seseorang.
Dalam menangani isu-isu yang sensitif seseorang hendaklah menggunakan pendekatan diplomasi.
bersemangat ingin maju boleh memberi ransangan kearah kemajuan. Sebaliknya terlalu bersemangat ingin majukan diri membawa kepada kemusnahan.
Mereka yang kekurangan pengetahuan dan pengalaman tidak mendapat gambaran yang jelas. Oleh itu mereka tidak bersedia untuk menghadapi sebarang bahaya.
Jangan membabitkan diri dalam perdebatan orang yang degil lagi jahil.
Tidak ada manusia dalam dunia ini yang sempurna kejadiannya.
Adalah lebih mudah untuk mengubah sungai dan gunung daripada mengubah tabiat semula jadi seseorang.
Jangan kutuk seseorang yang tidak biasa dengan gaya hidup kamu.
Adalah sia-sia jika mempunyai pengetahuan tetapi tidak menggunakannya.
Hendaklah kita mendapat gambaran yang jelas sebelum menerima apa-papa yang diberitahu oleh seseorang.

Jangan terlalu yakin sehingga lupa akan kemampuan diri.
Kanak-kanak mudah meniru perbuatan yang dilakukan oleh ibubapa mereka.
Setiap orang yang suka mendengar kata-kata manis. Bagaimanapun yang paling penting adalah kita sendiri perlu sentiasa mempunyai fikiran yang waras.
Kepintaran dan keberanian merupakan nadi keselamatan diri dalam keadaan yang berbahaya.
Kejujuran merupakan sifat yang baik, yang dapat mengharukan orang lain dan juga mendapat ganjaran yang tidak disangka-sangka.
Jangan bersikap tamak. Sikap ini akan menggundang malang.
Jangan tamak untuk mendapat kesenangan jangka pendek dengan melupakan keuntungan jangka panjang.
Periksa keadaan atau situasi terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan.
Jika kita mahu menjimatkan sedikit wang kerana terlalu kedekut, akhirnya kita kerugian banyak wang dalam jangka panjang.
Kita mesti mempunyai pendirian sendiri dan jangan terikut-ikut dengan pendirian orang lain.
Kita tidak boleh sama sekali berniat jahat untuk menganiayai orang lain kerana kadang-kadang kita akan terperangkap didalam jerat yang kita pasang.
Kadang-kadang ada orang yang merancang untuk menipu seseorang tetapi akhirnya dia yang mendapat kesusahan akibat perbuatannya.
Tulang empat kerat dapat mengumpul harta yang tidak terhad nilainya.
Kecantikan yang sebenarnya datang dari hati nurani kita secara beradab dan berakhlak.
Setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.

i'm yours...

salam..kali ni aku ltk lirik lagu yg aku suker plak la.. aku suka lagu ni sbb music die cam relaks, cool, n rasa cam sng hati je bila dgr..haha. kesimpulannya, gua suka lagu ni beb....meh nyanyi sama2..

Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
Now I'm trying to get back
Before the cool done run out
I'll be giving it my bestest
And nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some
I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours
Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love love
Listen to the music of the moment people dance and sing
We're just one big family
And It's our God-forsaken right to be loved love loved love loved
So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours
Scooch on over closer dear
And i will nibble your ear
I've been spending way too long
checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
And so I drew a new face and laughed
I guess what I'm be saying is there ain't no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It's what we aim to do
Our name is our virtue
But I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm yours
Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find that the sky is yours
Please don't, please don't, please don't
There's no need to complicate
Cause our time is short
This oh this this is out fate, I'm yours!

Friday, December 26, 2008

bongsu (a.k.a si Bodoh)...dalam kenangan




Bongsu, anakku yg paling bongsu..time dia kecik2 lagi,dia selalu xdpt isap susu mak die, pasal kena buli ngan abg2 n kakak2 dia yg lain. jadi untuk menyelamatkan die, aku sllu je tolak Ebab ngan Gemok ke tepi, n bagi ruangan utk Bongsu..yg paling kelakar..kalo dia tido..org angkat pun die xsedor..tido mampos gamaknye. sebab tu la kakak aku panggil dia si Bodoh. lagi satu, akak aku ckp sebab muka die nmpk cam bodo,..haha.. tapi walau papepun, aku ttp pnggil dia Bongsu, tu la nma yg dah didaftarkan dlm sijil kelahiran dia. die membesar agk lmbat dari org lain, dlm adik2 beradik die yg laki2, badan die paling kecik..susah tol nak gemukkan die. tai die ni lincah bermain-mungkin sbb badan die slim kot..
masa berlalu, hari berganti hari, bulan berganti bulan..saat aku nak masuk ke penjara menjadi banduan, aku terpaksa bawak balik semua ank2 aku..nak mintak mak aku tlg jaga le..bila aku dibebaskan..perkara pertama yg aku pikir time tu..--->camnela ank2 aku, ntah sehat ntah tak..hehe..rindu bangat sama diorg..

10 hari aku bercuti kat umh..mmg habiskn masa aku main ngan ank2 aku je..adik kandung aku pun aku sanggup tolak ke tepi..huahua..n aku kna berangkat lagi ke UTM utk AUG.haih..rasa cam xhilang penat lagi..
mak aku suh aku duk umh kakak kat Kota Damansara sejurus tamatnya AUG tu..sbb time krismas tu aku da kna balik utm smula..mknanya ada lg 9 ari je cuti aku..mula2 aku pikir..adakah krna mak aku xsyg aku lg,maka beliau ckp cmtu?ataupun adkh aku ini bkn ank kndung beliau???warghhh (ni antara ayt2 sedih aku time kecik2 dulu bila kna marah ngan mak..haha..malunya bila ingat balik) jadi aku pn stuju le..memandgkan aku rasa tnga aku dah smkin berkurngn utk mnghadapi perjalanan ke Phg yg berbelas jam lmanya itu..huh..

makanya..ditinggalkanlah anakku lagi..janjiku, cuti raye cina aku akn jmput mrka kmbali..lamanyaaaaa..
tgh syok bercuti tu...tetiba kakak aku tny "mood ko baik x skrg?" aku ckp "ok je..nape?" kakak aku ckp lg "oh, nanti kalo mood ko btl2 baik ko bgtau aku eh..aku ada sumthing nk gtau ko.." tak ke nervous bunyinya tu...aku cam xpuas ati ckit..tp xpe..relak dlu..aku pn g dapur,nk mnum air..tetiba je darah aku berderau,degupan jantung menjadi laju, cam nak terkeluar je...perjalanan oksigen ke otak mula tersekat2..time tu sekilas aku teringat pasal ank2 aku..dalam ati aku ckp,ni msti ada yg xkena ngan ank2 aku ni..cpt2 aku g kat kakak aku n aku ckp "hah, ni msti pasal ank2 aku kn? cpt gtau.." tp kakak aku xngaku..die ckp hal lain..maka mlm tu aku tido dgn perasaan xpuas ati yg teramat sgt n penuh perasaan ingin tahu..pagi esoknya bila kakak akku da keje..aku pn msj le dia n m'beritahu bhwa mud aku sgtlah baik ketika itu (padahal sangat buruk mud aku..)..maka akak aku pun m'hantar msj yg berbunyi ala2 bgni "mak dan si bodoh melarikan diri mlm tdi.mak menyorok bawah almari n mata die kna gigit semut.si bodoh plak lari ke luar rumah n kena hujan lalu mati.sekian laporan"....wahhh.....tersentap jantung dan sanubari aku.....maka aku pun........................sedih la kan...terus je aku msj adik aku kat umh (yg telah diamanahkn utk jaga ank2 aku sebaik mgkin)..igt nk marah die, tp xpela..yg pergi ttp pergi..yg hdup pulak, perjalanan msti diteruskan...

si Bongsu telah pergi meninggalkan ku utk selamanya...semua kenangan bersama si Bongsu tak mungkin akak lupakan...warghh...



Wednesday, November 19, 2008

balik kampung..hohoho..balik kampung..

salam perpaduan~~
sebelum memulakan bicara, aku nak nyanyi bak seretak dua kata..huahua
"ape khabar org kampung, lma sudah tak brjumpa, minta2 semuanya didlm sihat sejahtera, ape khabr org kampung, bilakah dpt berjumpa,kirim2lah berita, janganlah senyap shja..."
hahahaha......dalam hati agak wujud suatu perasaan kesenangan dan kegelisahan.. senang hati sebab 2 ari dari sekarang aku akan jmpa ngan family aku..insyaAllah, semoga selamat la perjalanan aku.. gelisah hati plak sebab tujuan utama aku balik ni adalah kerana ingin menghantar anak2 aku balik le..risau plak aku akan perkara2 yang mgkin terjadi ke atas diri mereka sepanjang perjalanan tesebut. antaranya ialah:
1) cuaca panas yang akan menyebabkan mreka mengalami over respiration and menderita kekurangan oksigen lantas mengalami kesemputan (especially debab, mak n gemok)
2) cuaca hujan @ riut petir yang akan membasahkan bulu2 mreka yg comel tersebut lantas menyebabkan mereka mengalami kesejukan melampau
3) suhu air-cond yg tinggi dlm bas menyebabkan mereka menderita kesejukan juga..maklumlah, kak Neq tak belikan sweater kat mereka sebab kak Neq tak mampu..huhu

itulah kemungkinan2 yang akn tejadi..untuk mengelakkan perkara tersebut, aku telah mengambil keputusan untuk ke KL dulu..kalo balik pahang terus, memang diorg ngadu sakit2 bdn jela nanti..perjalanan yang jauh la katakan..huhu..tapi aku tetap riso jugak..
haiz..arap2 sume selamat la....aku tak sanggup kehilangan mereka kerana kecuaian aku sndri..tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..aku tak sanggup membayangkannya.....
mak, camne nak bwk balik cucu2 mak ni.....huhu

k lah.. hope everything will be okay...dah nak tutup plak cc ni..baru nak bebel panjang2..wawawa..k la, adiosss.........

Tuesday, November 11, 2008

aku, geotechnics, statistics dan...

(Selasa, 11 Nov 2008, PSZ UTM)
di kala aku menaip blog ini, lagu Bryan Adams-Plez 4gv me, tgh berkumandang kat telinga aku..
milah siput tol.. ada ke tipu aku cakap dot dot tu ada kat belakang..cuak tol..huhu..
erm..dengan tangan kanan memegang pensil picit Pilot Super Grip 0.5, dan beralaskan buku statistik, dan sambil dgr lagu, dan dalam masa yg sama jugak, tangan kiri aku menaip blog ni..busy giler ah..haha..
esk ada paper geotech eng., tapi aku xde mud plak nk blaja yg tu..tulat plak ada statistik, disebabkan byk lagi xstudy, jd aku amek kptusn nak blaja statistik dlu le..pening la..dah la carry mark hancusss.....riso ni. kang xpasal2 aku kna extend semata2 paper ni...urkh..mintak dijauhkan la...
Ni aku tengah menghitung hari..lagi 6 hari dari sekarang..aku nak mnymbut anniversary aku yg pertama..17 nov..ha, aku takkan lupa la tarikh ni sampai bila2..
ermph...ngantuk,lapar,bosan, dan macam2 lagila perasaan aku di ketika ini.
'im here without u baby, but u still on my lonely mind, i think about u baby, n i dream about u all the time..." hehe..ternyanyi lagu ni, jadi aku tulis le..bestnye tgk org khusyuk blaja..knpa aku x bersemngat cam diorg ha?...ni nak kna curi ckit aura diorg ni..kak dayah ngan milah kat depan aku ni pun sama..sampai je, terus bukak buku, tunduk je ngadap buku tu..
"Everything I know And anywhere I go It gets hard but it won’t take away my love And when the last one falls When it’s all said and done It gets hard but it won’t take away my love"
cheh, jiwang plak..ni bukan jiwang ni..juz luahan perasaan..haha..rindu kat umh la..nak balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....tensen la duk sini lama2...........................................................................................................

Thursday, November 6, 2008

Kak Neq

Wahai Anak2 ku yg lain..
Kenapala korg nak gaduh2 ni? siap si Ebab nak lari dari umh lagi la...haih..
Ni kakak baru balik dari Exam ni..nasib baik la ok je paper tadi..kakak memang da xsbr nak sampai bilik, nak jumpa korg smua.. kakak sayang semua sama rata je..xde yg dilebihkan pun..jangan gaduh2 lagi k..kakak tak suka macam ni.. igt kakak ajr ape kn...
Ebab, kakak pi bljr kat bilik autie Nana n auntie Dayah sebab kakak asyik main game je kat bilik..bukan sebab kakak tak tahan dengan korg..jgn fikir mcm2 k..
ha, mlm ni kakak nak kluar ngan auntie Siaw Ling..sayang semua duduk kat bilik baik2 k..nanti kakak belikan mknn kegemaran sayang semua k..mmmuahhhhkksss..

(Mak,Ebab,Gemok,Kerinting,Bongsu,Kecik,Manje and Nine adalah hamster2 ku yg tersayang..yg membahagiakanku setiap saat..haha..sayang bangat sama korg..sampaikn kakak terfikir nk tulis blog yg agk sengal ni..haha)

my little bro n sis