Thursday, April 16, 2009

cerianye...


..After Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 08/09 Universiti Teknologi Malaysia..turut bersama dlm gmbar:
- Y.Bhg Naib Canselor UTM : Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini B Ujang
-Y.Bhg Ex-Timb. Naib Canselor (HEPA) : Dato' Prof. Ir. Dr. Alias B Mohd Noor
-Y.Bhg Timb. Naib Canselor (HEPA) : Prof. Dr. Mohd Tajudin B Hj Ninggal
-Y.Bhg Ex-Timb. Naib Canselor (A&P) : Datin Prof. Ir. Dr. Hamisah Bt Tapsir
-Y.Best Kakak kpd budak2 dlm gmbar tersebut : Bakal Dato' Prof. Ir. Dr. Sh. Nurrul Hazwani Bt Sayed Abdullah (insyaAllah)
Hahaha
Ke'poyo'an yg jelas ketara dlm diri aku
(^_^)
erm..papepun..aku mmg suka gmbar ni..nmpk ceria
n penuh bersemangat..hurm..mendalam mksudnye nih
k....tata..hehe

Monday, April 6, 2009

AKU PENAT!!


Salam perpaduan..bertemu lagi ngan aku.. (mestila ngan aku kn, ni kan blog aku..).. aku penat giler3 skrg ni..penat sehingga tak terkata..actlly bknla pnt sbb aku masuk larian merentas kampus ke, terlibat ngan gotong royong ke..tp aku pnt menghadap keje yg sama, jadual idup yg sama..setiap hari plak tuh..muak betul..nak kuar bersukaria ngan membe pn xdapat..tensen ada, lomah ada..sodih pun ada..macam2 ada la bak katanya..


aku pnyala bersemangat 4, 5 ari yg lepas..sbb ahad ni (12/4/09) aku bakal tiba di rumah..tp nak dijadikan cerita, mmg dugaan yg sangat berat la ni utk aku..arini aku ada presentatn English-Career Search..tp aku xsmpt nk present arini, masa da tamat..jd lectrr tu mntk buat kls lain utk yg xsmpt present pd rabu nxt week (15/4/09)..aku da ssh ati giler da..mana taknya..aku baru je ckp ngan mak aku ttg ke'confirm'an tarikh kepulangan aku tuh..


tgh bdk2 ni bising2 tu, ttba aku dgr lectrr ckp nk buat sabtu ni plak (11/4/09)..jd dgn wajh berseri2nye,aku mnyatakn persetujuan aku..aku da xkesah da org lain stju ke x, yg pnting aku setuju.heheh.keji betul aku nih...so aku pn b'gegas la kemas brg2 aku..dgn prsaan yg sungguh senang hati (sbb aku ttp dapat balik umh ahad tuh)..


tetiba lgi dtg bbrpa org remaja,approach lectrr tu, n gtau ari sabtu diorg balik kmpung..then dipendekkn crta, aku yg hatinye da mula retak sdkit demi sdkit tu, hnya terdengar ayt t'akhir dr lectrr aku "Ok, since your frens are going back dis weekend, we back to normal.presentation on wednesday"..urk...tidakkkkkkkkkkkkkkkk...aku pn nak balik jugak.mana aci cmni, umh aku dhla jauh..mana bleh balik 3 ari je..aku nak balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..unta betul la,..geram!!!!! remuk redam ati aku..ni pn tgh berkecai lagi nih..aku nak balik la!!!!!!

**i miss them soooooo much**


sedih tau tak..........................................kalo korg ape perasaan..dahla kali terakhr aku mliht wajah mk n ayh srta adik2 aku pada 15 disember 2008 aritu..arini da 6 april 2009. kira2 da 112 hari tau...112 hari tu sgt menyeksakan aku bila ditmbah dgn mcm2 masalah sengal kat cni...tensen2..kalo bab2 lain aku tak kesah sgt, tp kalo bab balik umh ni..mmg aku hangin la kalo aku tak dapat balik spt dirancangkn..huuuuuuuuuuuu....aku sedih+geram+tensen+pening+sakit ati........ :(

Tuesday, March 31, 2009

WORK WORK WORK

A long time ago, there was an Emperor who told his horseman that if he could ride on his horse and cover as much land area as he likes, then the Emperor would give him the area of land he has covered. Sure enough, the horseman quickly jumped onto his horse and rode as fast as possible to cover as much land area as he could. He kept on riding and riding, whipping the horse to go as fast as possible. When he was hungry or tired, he did not stop because he wanted to cover as much area as possible.

Came to a point when he had covered a substantial area and he was exhausted
and was dying. Then he asked himself, "Why did I push myself so hard to cover so
much land area? Now I am dying and I only need a very small area to bury myself."

The above story is similar with the journey of our Life. We push very hard everyday to make more money, to gain power and recognition. We neglect our health , time with our family and to appreciate the surrounding beauty and the hobbies we love.

One day when we look back , we will realize that we don't really need that much, but then we cannot turn back time for what we have missed.

Life is not about making money, acquiring power or recognition . Life is definitely not about work! Work is only necessary to keep us living so as to enjoy the beauty and pleasures of life. Life is a balance of Work and Play, Family and Personal time. You have to decide how you want to balance your Life. Define your priorities, realize what you are able to compromise but always let some of your decisions be based on your instincts. Happiness is the meaning and the purpose of Life, the whole aim of human existence.

So, take it easy, do what you want to do and appreciate nature. Life is fragile, Life is short. Do not take Life for granted. Live a balanced lifestyle and enjoy Life!

Watch your thoughts ; they become words.
Watch your words ; they become actions.
Watch your actions ; they become habits.
Watch your habits; they become character .
Watch your character; it becomes your destiny .
regards,
@nEQs

Sunday, March 29, 2009

Wednesday, March 18, 2009

KENAPA LIF????


susah ke senang guna lif??? erm..subjek utamanya adalah lif..aku ada beberapa pandangan dan imaginasi tentang lif ni..

1) mengikut akta bangunan, hnya bangunan >= 5 tgkat je yg layak ada lif

2)lif ni bergerak samada guna letrik 0r jet hidraulik..yg paling mahal, yg guna hidraulik la, sbb yg ni paling hampir tiada bunyi n sgt smooth pergerakannya

3)dari segi fungsi lif tu sndri...yg paling sume org tau, adlh untuk mengangkut manusia bersama brg2 mereka..tapi kalo kat spital, ada satu lif khas untuk bawak pesakit yg still hdup or ................ atas katil bergerak tula. xnak sebut la kat cni.ngeri ckit..haha (apekah nma sbnr katil b'gerak tu..cm xpenah tau plak)

4)dari nilai estetiknye..bergantung kepada kepentingan lif kpda bngunan tu..if kat shopping kompleks, kdg2 korg akn jmpa lif yg m'bolehkn korg tgk view kat luar lif tu..ha..tu nmanya lif panorama..tak sure plak dlm english dsebut sbg ape..hurm..bahasa jiwa bangsa..haha

yg atas ni adlh fakta2 ttg lif..tp aku bkn nk higlight sgt yg ni..actually td masa aku nak kuar pi ofis,.bilik aku kat tgkt 5..so mmg tiap2 ari guna lif la..tadi mase aku naik lif tu..tiba2 aku terfikir,..lif ni da mcm teksi plak..bawak org ke tmpt yg nk dituju..tapi ada bbrapa perbezaan

1)kalo naik tksi, kita ckp ngan mulut kt pkcik tksi tu ke mana kita nk pi, tp ngan lif, tekan2 butang je..walaupn still ada lif yg gnakan khidmt pnjaga lif, tp jaraannngggg sgt la kta nk jmpa..kat tmpt2 high class jela..

2)naik tksi kna bayar..naik lif free...hehe..wlau bgaimanapun, kalo kat umh korg nk ltk lif letrik..teka sndri la brpa bil yg t'pksa tanggung..riban2 gak tuh

3)lif ni prgerakan terhad, hnya bleh kat bghn yg ditmpatkn je, ia akn bergerak secara ke ats dn bawah shja..selama aku hdup 23 thn ni, xpernah jmpa lagi lif yg bergerk ke kiri n kanan,or secara merentang ke..bersilang2 ke.. tp kalo tksi, nk buat U-turn ke, V-turn ke, W-turn ke..sume bole..tarak hal punyala..haha

4)lif ni kalo da rosak mmg bermsalah..bgi org yg duk tgkt plg tinggi tu, mmg nangis la nak smpai bilik..siap kadang2 untuk hilangkn kpenatan memnjat tgga tu, aku akn kira brpa ank tngga yg aku da pijak..hurm,..bunyi cam budak kecik pnya keje..tp ini sume psikologi,utk hlgkn pnat..haha. kalo tksi tak heran sgt, satu rosak, berpuluh lagi leh dtang utk hantar kita..

Urm..kalo lif ni jadi transformer, cnfirm aku suh bawak aku kemana saja aku nk pegi..hehe.pemikiran kanak2 lagi..tp tu yg seronok sbnrnya..pnt jgk kdg2 jadi org dwsa..banyak prkara yg perlu difikirkan..banyak isu..baru 2 ari lepas ayah aku pesan..jgn ckp "ada masalah" tapi cakap je "ada isu"..erm..aku tak berapa faham sgt..still mencari jwapan..

aku prnh jugak rasa lif ni bole bercakap..ada satu masa tu (sem lepas kalo xsilap)..setiap kali aku naik lif, mcm aku rasa lif tu tgh mengeluh plak..kadang2 utk naik satu tgkat pn aku gna lif (malas nk naik tgga)..jadi time tu aku cam t'dgr lif tu merungut "satu tgkat pn xleh jln, nk jgk aku antakan"..lps tu msti aku rasa cm b'slh sbb susahkn lif tu..erk..ngeri..ni betul ni..tak tipu..sampaikn aku gtau kwn aku ttg ni..dorg ckp mgkn aku fkr byk sgt..aku xtau apa kaedh yg aku gnakan..tp skrg aku da xde rasa pelik2 cmtu lg bila naik lif..hehe..macam2 kan..sbb tula susah jadi org dwsa..mmg sgt byk berfikir..haha (aku je kot yg ter over)

k lah..nk buat keje..erm..skrg pn ati tgh xsenang..ada macam2 hal jugak..satu je pesanan aku..berlaku jujur dlm tndakan anda..walaupn kadang2 kebenaran itu menyakitkan..tp itu berjuta2 kali lebih baik daripada pembohongan, walaupn pembohongan tu kecil teramat..sekian... (^_^)



Tuesday, March 10, 2009

HOROSCOPE

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam,"
katanya.

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan. Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.

Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.

Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.

Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.

"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi.Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.

Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang dilangit.

Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.

Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.

"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.
"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan...

my little bro n sis